11 December 2009

Sudahkah Kau Fikir Sedalamnya?

Sudahkah kau fikir sedalamnya?
Kesan dari jejak yang ingin kau tempuhi,
Adakah langkah ini bijak?
Untuk mendapat hasil yang sepatutnya.

Aku tak boleh terima,
Sampai bila hanya memerhati,
Saban hari mereka terus diburu,
Peluru yang tak bermata,
Aku ingin menghunus senjata,
Bukan sekadar baling batu dan kasut,
Tak sabar aku ingin membunuh mereka
Yang tak bermata hati itu.

Besar niat jihadmu,
Hebat jika kau mampu teruskan,
Tapi kami takut kehilangan kamu,
Kerana di sana tidak selamat,
Bagi pejuang mentah sepertimu.

Biarlah aku ke sana,
Menebus maruah bangsa dan agama,
Dari terus dipijak dan diketawa,
Oleh jiwa syaitan,
Melihat darah yang bersimbah,
Jasad yang hancur,
Dan kemuliaan yang hilang,
Tak sanggup aku biarkan saja
Aku rela terkorban demi agama yang bergelar Islam.

No comments:

Post a Comment