14 December 2009

Renungan Kita Untuk Mereka

Hati-hati nurani Islam
Pemuda pemudi Islam yang dikasihi
Bersatulah kita hendaknya
Bersatulah kita dalam doa
Bukankah doa itu senjata?
Senjata utama orang Muslim....

Berapa ramai musuh Islam di luar sana
Takut dan gerun andai kita bersatu
Biar kita tak mampu mengenal zahir
Biar alam maya pertemukan ukhwah kita
Biar alam maya menjadi saksi kesedaran kita
Biar menjadi saksi keikhlasan
Doakan agar Palestin kembali aman
Kerana kita tiada cara lain
Untuk membantu Palestin yang kerap disimbahi darah
Tiada kuasa untuk membantu saudara kita di sana
Moga Allah sahajalah yang memberi ganjaran
Atas keikhlasan hati-hati kita
Jika rajin sembahyang hajat
Memohon agar saudara kita peroleh kekuatan...
Moga mereka mendapat kekuatan itu...

Amin...

No comments:

Post a Comment