Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang.
Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.
Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.
Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.
Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan.
Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.
Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.
Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9
Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:
"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" - Surah Taha, ayat 1-4
Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:
Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).
Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." - Surah al-Isra’, ayat 78
Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:
"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24
Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.
Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.
Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.
Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.
Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.
Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.
Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.
Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.
Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.
Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).
Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.
"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.
"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)
17 November 2010
16 November 2010
Salam EidulAdha 1431 H
Ish. Da lama sampai rumah kott tapi tak update pun entri lagi. Hmm. Takde masa larh. Sibuk! Ni pun aku carik gak ruang masa untuk update atas sebab tertentu.
Hm. Sampai rumah hari ahad petang. Penat dohh. Dalam perjalanan balik tu aku asek tidur je. Ye laa. Masa last paper tu aku mana tidur pun. hah. Benda da lepas, biar je lah. Lupakan seketika. haha.
Esok 17hb, Hari Raya AidilAdha. Lebih dikenali raya korban arr. Hmm. Aku sebelum balik tu aku cakap dengan member-member aku yang aku balik ni memang takde masa nak rehat. Semalam je tengahari aku da mula tolong ready utk hari raya korban.
Tengahari semalam lori hantar lembu ni terbenam pulak kat tanah. Puas kteorg tolak, tarik lori tu. Hapak pun tak gerak. Bayangkan laa masa tu ada 3 lembu atas tu. Pastu buat keputusan pindahkan 3 ekor lembu tu ke lori laen. Pastu baru boleh tolak lori tu. Fuhh! Kuyup terus baju aku.
Pastu persiapkan khemah-khemah tu utk benda-benda nih. Pagi ni aqiqah dilakukan. 2 ekor lembu dan 1 ekor kambing.
Esok korban 14 ekor. Tak dapat aku bayangkan. Cukup ke tak tenaga kerja. Keringat golongan muda lingkungan 18-25 tahun memang ditagih. Aku harap member-member aku dapat turun ramai-ramai sama-sama tolong korban surau kita. Jangan tolong dengan mengharapkan sesuatu.
Okayy laa. Aku dah takde masa lagi ni. Nak kemas pulak rumah utk malam ni orang datang takbir rumah ke rumah. Pastu dalam pukul 10 pagi ni aqiqah pulak. Aku pun kena terlibat. Aduyai..
Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha untuk tahun 1431H ni kepada semua terutamanya para sahabatku. Ada kesempatan datanglah rumah naa.

11 November 2010
Warkah Buatmu Sahabatku
Hari demi hari sudah berlalu. Kini tinggal 3 hari lagi je untuk menamatkan sesi kali ini. Pelbagai dugaan dan rintangan yang telah kumpulan aku lalui. Cuma entri kali ingin aku ingin meletakkan gambar-gambar kumpulan aku buat presentation yang terakhir sekali sebelum bermulanya study week.
Hasil semua drawing yang semua kami semua telah buat sepanjang sesi ini telah dibentangkan pada hari tersebut.
Masa ni benda tu buat hal taknak hidup plak bila kami nak present. Ingatkan ada org sabotaj. haha.
Masa ni presentation telah bermula. Saat ni berkocak darah dalam badan aku. Cuwak lerr.
Azri sebagai pembuka bicara dan memulakan pengenalan. Masa ni ada kesilapan fakta. Kejap cakap bangunan 3 tingkat, pastu 5 tingkat plak. Biasa laa, buat last minute. But it's still okay.
Sume buat muka confident padahal meggeletar lutut. hahaha.
Jihan plak untuk bahagian seterusnya.
Giliran fatimah pulak. Tapi time niza, aku, faiz, alip present gambar tarak. Aduyai...
Ni da selesai present. Sr Anas & Sr Azamuddin nak bergambar dgn kami. 'kononnye'.
Sahabat perempuanku : niza, jehan, timah
bergaya...
Dan ini semua lukisan yang telah kami buat di compile-kan untuk submit.
Ni pulak buku method statement bangunan yang kami buat. Cara dan langkah kerja dari awal pembinaan sehinggalah siap.
Aku rasa puas hati giler bila daa buat presentation ni. Ye laa, inilah kemuncaknya! Dari awal kami semua bersengkang mata, setiap minggu mesti ada jerr hari yang tak tidur. Aku pun banyak kali tak tidur lebih dari 24 jam. Giler arh. Tapi yang paling aku ingat, ada satu hari tu yang aku tak tidur hampir 28 jam. Time tu memang dalam 28 jam tu aku dapat baring 5 minit jerr. Pastu masa g solat Jumaat, tengah berdiri tu tiba-tiba rasa macam nak collapse. Gelap mata aku. Fuhh! Naseb tak jatuh tengah solat tu. Tu paling aku ingat dalam sem ni.
Sepanjang sem ni juga, antara kami terdapat banyak perselisihan faham. Ada juga bermasam muka. Banyak kali juga tarik muka. Biasa laa tu kan. Hidup pasti ada perselisihan, masing-masing ada pendapat sendiri. Ada kala kita nak orang dengar jee apa yang kita cakap, pendapat orang kita tolak. Tapi benda itu tidak bawa selamanya. Masing-masing ada akal fikirankan? So.... pandai-pandai laa. Mana ada orang yang takde masalah kat dunia ni. Setiap orang mesti ada masalah. Kita laa empunya diri kena pandai menyelesaikan masalah. Dengan masalah ni kita tak boleh lari, tapi kita kena tempuhi. Bila kita daa tempuhi, time tu laa kita kena selesaikan. Baru lah kita akan rasa pahit manis kehidupan. Hidup mesti ada kala pasang, ada kala surut. Itu fitrah alam. Yang di atas tidak selamanya di situ, suatu hari nanti pasti akan jatuh. Bumi yang sentiasa panas, pasti ada suatu hari hujan akan turun. Kawasan mana yang 24 jam siang dan 24 jam malam? Sume ni takde kan? So.. kita kena fahamlah lumrah dunia.

Tapi aku dengan sikap aku, kalau orang tarik muka dengan aku... aku tak kisah, no problem. Kalau ada orang bermasam muka dengan aku... aku tak kisah, no hal lah. Apa orang nak cakap aku... cakap laa. Apa boleh buat mulut manusia. Sebab bukan cara aku nak balas apa yang orang buat kat aku. Aku ada prinsip hidup aku sendiri. Bagi aku, selama mana aku hidup... selama itulah aku nak buat baik kat orang sekeliling aku. Mungkin perangai aku tu dah sebati dengan aku sebab hasil dari nama aku. Tapi yang penting bagi aku, aku nak orang yang hidup dengan aku senang dengan diriku. Bak kata,
kehadiranmu di nanti... ketiadaanmu dirindui.
Cewah!!!
Bagi aku, keenam-enam sahabat-sahabatku LALALAND CONSTRUCTION ini adalah sebahagian daripada family aku. Ye laa. Boleh dikatakan 24 jam bersama mereka. Susah senang kami harungi bersama. Turun naik kami tempuhi bersama dan jatuh bangun kami lalui bersama. Ada kala masa aku tengah tidur dorg call cakap nak jumpa, aku turun terus g pada mereka dengan muka baru bangun tidur. hahaha. Aku tak kesah dah. Selamber sudaa. Dengan mereka juga tempat aku kongsi masalah, kongsi kegembiraan. Lagi satu, prinsip aku kalau aku dah pegang orang tu aku takkan lepaskannya. Dalam maksud tersirat, sekali aku da rapat dengan orang aku takkan biarkan dye dengan hal dye. Maksudnya kalau mereka ada masalah, aku akan turut bersama menyelesaikan masalah mereka. Paling-paling tak pon bagi semangat pada mereka.
Sepanjang sem ini, aku tak pernah buat masalah dengan ahli kumpulan aku tu kott. Mungkin! ahahaha. Berdasarkan ingatan aku larr. Tapi sekarang ni aku nampak kami ni seolah-olah ada gab antara kami. Dan ada juga yang benda-benda negatif mula timbul dalam kalangan kami. Tapi bagi aku, aku malas nak pandang dari sudut orang lain pandang. Apa yang aku tahu, aku pandang dari sudut positif je. Malas arr nanti timbul sikap iri hati sesama sendiri. Dorang nak buat camtu dorang punya pasal. InsyaAllah aku tak terikut sikap seperti itu. Tak dinafikan, ada kala hati aku pun ada terdetik perkara-perkara seperti itu, tapi aku muhasabah balik diri aku. Aku ingat balik apa prinsip aku.

Dan yang terakhir aku dapat berbakti pada mereka iaitu menunaikan hajat sahabat perempuanku itu yang dorang nak overnight, mandi, dan maen boling. Tapi aku tetap ada rasa terkilan sikit sebab timah tak dapat follow dan faiz turut tak bersama kami pada ketika itu. Apa pun hajat mereka tetap terlaksana. Itulah kali terakhir kami bersama-sama pada sem ni. Lepas tu sambung exam ni memang dah takde tapi aku still contact dengan mereka. Aku sanggup berkorban untuk melaksanakan hajat mereka tersebut. Pasal duit semua tu belakang cerita. Memang dorang fikir pasal tu tapi aku sering kali ingatkan pasal benda tu jangan risau InsyaAllah ade. Hakikatnya pasal sewa kereta tu memang jehan dan niza payung kami lelaki termasuk aku laa, tapi sebenarnya aku payung mereka balik. Kos sebenar aku tak cakap kat dorang sebab aku taknak dorang tak syok sebab fikir banyak kos keluar.
Ish! Banyak sangat daa aku celoteh ni. Hmm. Ye laa.. asalnya benda ni da nak tulis lama daa tapi aku rasa benda lain ada yang lebih penting aku masukkan pada entri sebelum-sebelum ni. Pastu dengan kesesuaian masa lagi. Ni betul-betul da nak abes. Tu laa aku kena tulis gak utk masukkan gambar-gambar presentation terakhir ni.

Okayy laa. Akhir kata, aku mohon maaf kepada mereka semua
faiz, alip, azri, niza, timah, jehan,
sekiranya sepanjang sem ni aku ade buat salah dengan mereka dengan sengaja ataupun tidak sengaja, samade sedari atau tidak disedari, mohon maaf zahir dan batin, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ehh? Teringat pasal drawing terlepas kat tangan group lain. Hmm, tapi masa tu aku pun da mintak maaf dengan dorg. Aku!! Biasa laa. Mana suka cakap belakang, cakap depan-depan je. Terus terang, That's my stile. Sekiranya ada kekurangan mohon diampun. Apa yang ada tak selesai mohon dihalalkan. Aku pun halalkan apa semua yang aku telah buat untuk mereka. Aku juga telah sedia memaafkan kesalahan mereka padaku, tapi seingat aku mereka takde salah dengan aku kott. jeng jeng jeng!!!

Harap apa yang berlaku sepanjang sem ini dijadikan kenangan kita bersama pada masa akan datang. Mungkin 5 atau 10 tahun akan datang. Ingatlah wahai sahabat-sahabatku ini, andai kata suatu hari nanti korang nampak aku telah berubah menjadi jahat, ingatkanlah aku... tegurlah aku. Aku sedia menerima dan mendengarnya. Andai aku tetap jahat juga korg ingatkanlah aku tentang prinsip hidup aku bahawasanya korg adalah antara sahabatku yang telah aku anggap korg sebahagian daripada keluargaku. Andai kata, apabila kita berselisih dimana-mana, aku buat tak nampak korg.... datanglah kepadaku, tegurlah aku. Ingatkan aku bahawa bumi ini milik Allah. Apa guna sombong di atas barang yang kita pinjam sementara ini. Kita pernah berkongsi airmata bersama, kita pernah gelak tawa bersama. Mungkin ada orang sekelilingku ketika ini mengetahui insan yang rapat denganku. Namun itulah hakikat sebab banyak perkara aku telah berkongsi bersamanya.
Okayy, akhir kata.. eh?? berapa kali daa akhir kata. K ni betul-betul akhir kata. Hmm. Aku pasti akan merindui korang semua nanti. Mungkin bila aku sorang-sorang teringat perangai masing-masing, pasti aku tergelak sendirian. hahaha. Aku juga akan sentiasa mengingati korg semua dalam doaku InsyaAllah. Aduyai. Sebak laa pulak rasa. Hmmm.
Sekian, salam sayang aku utk korang semua. InsyaAllah kita jumpa lagi. Wasalam.

TulusHati,
NAS
12.55 P.M.
11 Nov 2010
P/S: tak tau laa samada nak bagi tau dorg ke tak utk entri ni. Buat masa ni dorg mana tau inilah tempat aku utk aku luahkan apa yang aku rasa sepanjang masa. mungkin aku akan bagitau tapi tak pasti masa dan bila. mungkin lepas paper habis? mungkin hari sabtu ni? entahlah bergantung pada kata hati aku. tapi yang penting aku mesti bagi tau dorg sebab ada permohonan maafku yg dituju pada mereka. so... tak tau laa bila nak cakap.
09 November 2010
Nas! Benda Kecik Jangan Kau Peduli..
Allahuakbar! Selesai sudaa paper Building Services I. InsyaAllah result utk paper ni okayy. InsyaAllah. Hmm. Kini tinggal lagi satu paper lg. Tp ahad ni laa. So aku ada masa 4 hari lagi. Aduhh!
Ya Allah. Engkau tahu apa yang sedang aku rasakan ini. Aku tak tahu di mana tempat ingin aku luahkan. Perkara ini sorg pun tak tahu lagi. Boleh kah aku simpan ia sehingga akhir hayatku? Ataupun aku perlu berterus-terang? Tetapi ia seolah-olah mustahil untuk aku berterus-terang padanya. Lagi pun pasti dia tak percaya apa yang mahu aku katakan.
Benda tu awalnya terjadi pada hari Khamis malam yang lepas, aku terdengar benda tu nak gugur rasa jantung aku. Tapi sorg shbtku ini perasan reaksi aku ketika itu. Aku inginkan hasratku itu menjadi kenyataan, namun aku yakin aku tak terdaya melakukannya. Banyak perkara yang aku fikirkan, untuk dalam tempoh masa pendek mahupun dalam tempoh masa yang panjang.
Bukan senang kita nak faham org kan? Tu laa aku rasa terlalu singkat masa tu kalau aku nak terus-terang. Tapi aku masih lagi mampu menerima kenyataan itu, dan yang aku takut perkara tu berlaku betul-betul aku nampak dengan mata kepalaku ini. Tak tau lah apa perasaan aku ketika itu. Mungkinkah air mataku mengalir sekali lagi? Tidak kott.
Kenapalah setiap kali yang aku hasratkan pasti ada halangan? Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik? Mungkin! Itu yang aku fikirkan! Tapi perkara ini berlaku ketika ini, waktu ini, saat ini. Hurmmm. Tak terdaya aku nak fikirkan lagi. Tapi aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua terutama orang yang rapat denganku dan manusia lain juga.
Ya Allah, aku memohon sekali lagi padaMu. Kau betulkan semula cita-citaku, harapanku, sasaranku. Memang hidup ada pelbagai ujian dan dugaan, tetapi Engkau teguhkanlah semangatku Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Tak sabar aku nak balik. Mungkin aku dapat melupakan benda-benda ni. Aduhh! Susah dohh. Manusia ni pelbagai ragam. Hmm. Biar lah.
Astagfirullah al Azim, Astagfirullah al Azim, Astagfirullah al Azim.

08 November 2010
Last Day Site Survey
Hmm.. baru sampai bilik dari luar. Semalam g tgk game
Liverpool-Chelsea
Waa... Torres TERBAEK!!!
geram aku tgk dua-dua gol dye tuh tambah-tambah lagi gol kedua.
FIVE STAR laa aku bleyh bg pasal game tu.
Rancak pun rancak. Laju pun laju. Deretan peluang plak tu utk kedua-dua pasukan nih.
TAPI...
Yang paling aku puas hati Chelsea kalah lerr.. hahaha.. Sebab jurang mata dgn Manu semakin dekat.. hahahaha.. Ini membolehkan Manu terus mengorak langkah. Tapi lepas ni Manu jumpa Manc dohh.
Peluang Manu menang? 50-50.
Hmm, tetiba aku bukak files gambar-gambar aku. Tengok laa macam-macam gambar. Tapi yang menarik perhatian aku gambar-gambar kumpulan aku masa buat Site Survey untuk kelas terakhir.
Rindu laa pulak dgn dorang. Hmm, tapi masa ni team aku last sekali siap sebab masalah alat theodolite tu. Aduyai. Apepun Alhamdulillah laa siap gak. Masa hari tu jugak lah yang aku g Stadium Shah Alam tgk Selangor-Kelantan.
Apa pun TQ laa kat Faiz, Niza, Timah, Jehan.
Sebab dorg tolong hantar barang-barang tu balik. Kteorg mmg da lmbt, tu yg mintak tolong sangat-sangat.
nie aku berlakon je. bukan betul-betul pun. hahaha.
haa, yang ni betul-betul punya
ni check point pertama, kteorg nak ambil bacaan.
3 orang ni lah pakar. hehe. (",)
Niza kira-kira, Azri yang cerap, Jehan sebagai pembantu.
Faiz dgn Alip. Masa kteorg buat ni matahari memang tgh terpacak atas kepala.
Lihatlah aksi mereka... hahaha.. bergaya..
Tu dia...
Hmmmmm...
Panas giler time nih.. Ade org payungkan tp still kena matahari gak..
Aduyai..
Niza kehausan!!! hahahaha..
Jehan bertarung dgn mata nak ambek bacaan dgn tepat,
Niza bertarung dgn otak nak calculation benda-benda tu.
Timah tolong Niza kira-kira.
Aku di check point terakhir.. Haaaa...
Masa hari tu memang semua memerah keringat laa nak siapkan benda nie. Ye laa, sbb benda ni yang bwk ke carry marks kteorg.
Gambar-gambar ni akan menjadi memori buat kami.
Mungkin 5 tahun akan datang? Mungkin 10 tahun akan datang?
Apabila melihat gambar-gambar ni semula keseorangan,
pasti akan tersenyum dan mungkin tergelak. Macam-macam hal ada.
P/S : esok paper building services, sempat lagi nak update. Hmm. Saje carik ketenangan semata-mata. hehe.
Menabur Tahi Lembu Ke Dalam Pinggan
Bercakap dengan menggunakan bahasa yang celaka akan merobek kebenaran dan menyakitkan hati pendengar. Kebenaran akan tertutup dengan rosaknya bahasa dan hodohnya akhlak kita.
Bercakap main redah akan mengundang padah. Bukan sahaja nasihat kita tidak akan didengari oleh manusia, bahkan penampar pula yang dilayangkan ke pipi kita.
Mulut kita perlu dipandu oleh logik akal dan disemak oleh rasa hati. Kata-kata kita perlu dilapik dengan hujah yang jelas dan jangan bercakap berlandaskan emosi.
Apabila kita memberikan nasihat kepada seseorang, pastikan niat kita adalah untuk mengubahnya ke arah kebaikan, bukannya untuk memalukan seseorang.
Nasihat kita adalah untuk membetulkan seseorang, bukannya untuk menjatuhkan maruahnya.
Nasihat yang diberi adalah sebagai tanda kasih sayang, bukannya salam untuk permusuhan sesama kita.
Kisah Tahi Lembu Sebagai Baja Sayur
Untuk mendapatkan sayur-sayuran yang segar dan sedap untuk dimakan, kita perlu memberikan baja kepada sayur-sayuran. Kadang-kadang, baja yang kita guna adalah baja organik ataupun baja tahi lembu.
Bilakah kita meletakkan baja itu kepada sayur-sayuran?
Kita meletakkan baja tahi lembu semasa sayur-sayuran masih berada di dalam batasan tanah kebun. Kita menabur baja ketika sayur-sayuran sedang berkembang matang sebelum dipetik dan dimasak untuk dimakan.
Bagaimana pula dengan sayur-sayuran yang kekurangan baja?
Sayur-sayuran yang kekurangan baja akan kelihatan layu, tidak segar dan rasanya pasti tidak sedap. Mungkin si petani terlupa untuk menaburkan tahi lembu dan memberikan baja yang secukupnya kepada sayur-sayuran tersebut.
Jadi, kalau kita termakan sayur yang tidak sedap kerana kekurangan baja, adakah kita akan menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita untuk memberikan baja kepada sayur-sayuran itu?
Pastinya kita tidak akan sebodoh itu untuk menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita hanya disebabkan oleh sayur yang kekurangan baja.
Tahi lembu perlu ditabur semasa sayur masih berada di batasan kebun, bukannya setelah dimasak dan dijadikan hidangan makan.
Begitulah perumpamaan untuk nasihat.
Kalau menabur baja, kita perlu tahu tentang tempat, masa dan kaedah yang sesuai untuk membaja, begitu jugalah dengan nasihat. Nasihat perlu diberikan pada masa yang sesuai, kena dengan tempat dan betul kaedahnya.
Ingatlah kata-kata Imam Syafie sebagai panduan untuk kita semasa memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja.
"Berikanlah nasihat kepada aku di kala aku sedang bersendirian dan janganlah menasihati aku di kala aku di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang samalah dengan kehinaan dan aku tidak sudi untuk mendengarnya. Apabila engkau tidak bersependapat dengan aku dan aku tidak mahu mematuhi nasihat kamu, maka janganlah kamu marah."
Imam Syafie
Nasihat adalah untuk menunjukkan manusia ke arah jalan yang benar, bukannya untuk menjauhkan seseorang daripada kebenaran.
Nasihat yang baik wajib disulami dengan bahasa yang indah. Bukannya indah pada bunga bahasa yang kita pentingkan, tetapi tepat pada penggunaan kata.
Kita wajib bercakap tentang kebenaran dan perlu menghiasi kebenaran dengan bahasa yang indah. Kebenaran diutamakan, barulah diserikan dengan bahasa yang indah. Kebenaran yang disampaikan pasti akan berbekas di hati dan bahasa yang indah akan menyedapkan telinga yang mendengar.
Sesungguhnya, bahasa yang indah akan memberikan sinar kepada perkara yang benar.
Tiada gunanya jika bahasa dikarang indah, tetapi tiada manfaat yang dapat diambil. Rugilah pula kalau kebenaran dihambur dengan melulu, sakit telinga yang mendengar dan hati pasti sukar mahu menerimanya. Dan yang terlebih buruk, jika mulut mengeluarkan perkataan yang keji, ditambah pula dengan perangai yang buruk.
Sesungguhnya, bahasa yang indah akan memberikan sinar kepada perkara yang benar. Kebenaran didahulukan, bahasa diutamakan.
Bercakap tanpa berfikir, tanda rendahnya ilmu dan tanda rosaknya akhlak.
Inilah nasihat dan peringatan di dalam Islam.
Benar dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui yang benar dan mengamalkannya, taat dalam beragama, meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menjawab dengan tegas dan tepat.
Semoga Allah mempermudahkan usaha dakwah Islam dan semoga Allah membukakan hati kita untuk menerima kebenaran.

04 November 2010
November Sudah!
Bismillahi-Rahmani-Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu. Ape habaq semua? Harap semua dalam keadaan sehat. Ehh? Aku cakap seolah-olah macam dengan orang laa pulak. Padahal menaip je pun, kalau cakap pun dengan screen ar..... 'macam orang gila'..
Hmm. Da masuk bulan 11. Sekejap je kan rasa. Tadi baru lepas paper Building Contruction II (BC). Aduh! Aku tak boleh nak cakap ape ar. Apa yang aku harap cuma lulus je. Dorg semua ckp repeat sem depan laa. Aku harap aku da buat yang terbaik tadi, tp.... lepas paper td aku check bnyk aku salah. Hmm. Lupakan laa. Tu laa aku cuma mengharapkan lulus. Kawan-kawan yang pandai pun dorg tak terkata apa pasal paper tadi. Fuhh!!!
Haa. Baru aku teringat. Tahniah pada team RED WARRIOR (Kelantan) kerana menjuarai Piala Malaysia 2010. Akhirnya penantian selama 89 tahun berakhir. Padahal Malaysia baru merdeka 53 tahun kan? logik tak? Tak laa. Aku rasa piala ni daa lame dipertandingkan. Cuma nama piala tu je berubah-ubah. Tapi kalau ikut logik 89 tahun? Mungkin penjajah sesama penjajah kott yang maen bola dulu-dulu. Tentera Jepun lawan Tentera English. Eh? English bukan bahasanya ke? England negaranya. Tapi setahu aku masa belajar sejarah dulu, buku tulis tentera english kan? Entah! Dah ar! Merepek giler. Tu laa. Baca banyak sangat. Nampak! kepala pun da tingtong.
Tapi apa yang aku nak rumuskan pada perlawanan tersebut corak permaianan memang cukup dramatik. Separuh masa pertama, Negeri Sembilan pegang. Separuh masa kedua Kelantan pulak pegang. Tu laa. Dalam bola ni, kalau masa tu 90 minit... 90 minit laa kita kena main betul-betul. Takde alasan penat laa. Letih ar. Tapi apa boleh buat! Kita manusia. Mesti ada penat, letih kan. Bukannya robot. Aku tanya, aku jawab. Aduyai. Pasal sikap penonton pulak amat memuaskan. Cuma ada satu-dua dentuman mercun je. Kalau takde mercun tak syok laa kan. haha. Tapi aku baca suratkhabar bila tah, dye tulis penjual mercun yang menjual mercun kepada orang ramai pada perlawanan tu kena penjara 7 tahun dohh. Giler ah. Drastik giler tindakan kerajaan. Tapi bagus ar demi keselamatan orang ramai. Padahal aku ahad tu ada paper. Tp still gak turun tengok bola walaupun bukan team Selangor. Hmm. Apa boleh buat kalau JIWA BOLA. Tu la menyebabkan MAKAN BOLA, MINUM BOLA, TIDUR BOLA, TENGOK BOLA, MAEN BOLA!! Bola???????
Hmm, nak cakap pasal apa lagi ha? Aku paper seterusnya sabtu ni 6hb, pastu selasa 9hb, dan terakhir 14hb ahad. Haa. Tak sabar nak balik doh. Member-member laen semua daa balik awal dari aku. Naseb aku daa. Fariz lagi laa. 31 okt lepas da balik. Fuhh! Untung giler dye. Aku rasa masa aku balik nnt, dye mst da bosan dok sana. Mesti ada je plan dye. Aku time tu laa baru terhegeh-hegeh nak lepaskan rindu kat rumah.
Daa la. Buat apa nak tulis banyak-banyak. Aku tulis ni pun sebab nak rasmikan entri untuk bulan baru. Ceyhh! Nak rasmi rasmikan plak. Tah pape tah. Saje buat hati sendiri happy. Bukan ada orang nak buat hati aku happy kan. haha. Ish. Bodoh punye statement. Da la. Chalow.
Eh, jap jap. Ada story laa. Haa. Semalam. Niat aku nak g study group dengan Faiz dan Alip kat library. Tapi kami singgah nak solat isya' dulu kat masjid. Tengah tanggalkan kasut tu, tetiba ada sorang ni naek motor nak balik dah... tapi nampak kami dye berhenti jap. Dye tanya aku. Dye cakap "camne student sekarang". Aku cakap "ok je". Ye laa, takkan nak cakap tak ok. Pastu dye cakap "ada kes hilang laptop?". Aku cakap ar, "haa.. ade.. minggu lepas tiga kes..". Pastu dye cakap, "camne nak buat masalah ni? Kita sesama Melayu, sama-sama Islam. Tapi masih ada lagi kes macam ni". Pastu aku kemukakan laa pendapat aku. Panjang gak laa kami bertiga kena 'Brain Wash'. haha. Semua dye masuk.
Tapi yang paling penting aku suka sebab dye ade sebut satu hadith ni yang mengatakan, "sedangkan orang yang buat maksiat pun ada tanggungjawab untuk bagi nasihat kat orang lain". hahaha. Aku suka. Kan sebelum ni aku cakap aku risau sebab aku ni selalu nasihat orang sedangkan aku sendiri buat. Tapi bila semalam dye bagi macam-macam hujah yang mengatakan nasihat ni tanggungjawab semua. Panjang laa hujah dye tu. Tapi yang penting dye cakap selagi jita boleh nasihat orang, kita nasihat. Sebab kalau nak tunggu orang yang betul-betul baik nasihat sampai bila? Betul gak dye cakap. Aku dari dulu terfikir benda tu. Kalau nak tunggu macam tu, rosak ar dunia. Musnah! Semua orang jadi jahat.
Tengok-tengok lepas kami kena 'brain wash' tu jam dah pukul 10 lebih. Ambek kau! Library ke mana. Study ke mana. Tapi takpe. Aku suka benda-benda macam ni. Sebab ia akan menyedarkan kita semula. Kita asek bagi makan jasmani je, rohani? Ni lah antara makanan rohani manusia. Barulah kita hidup kat dunia ni seimbang. Cewah! Pandai cakap. Buat hampeh! hahaha.
Okayy laa. Sampai di sini saja. Entah bila lagi aku dapat update.
Dakwahum fihaa subhanaka Allahumma watahiyyatuhum fihaa salam.. Wa akhiru dakwahhum anilhamdulillahirabbil Alamin.
Waa. Macam penceramah laa pulak. Okayy laa. Asek ok ok ok tapi tak habis-habis lagi. Okayy laa, InsyaAllah bertemu pada entri seterusnya. Assalamualaikum!

Subscribe to:
Posts (Atom)