02 June 2010

Penyerahan Memorandom Bantahan

Jam sekarang menunjukkan pukul 12.35 A.M. so maknanye da masok tarikh baru ar ni (2nd June) tapi hakikatnya rase macam still in 1st June sebab belum tido lagi.. haha.. terlepas entri for 1st June tapi itu tak menjadi masalah..

Dalam pukul 11.30 pagi tadi aku dgn adik aku keluar menuju ke kedutaan Amerika Syarikat.. seperti yg telah ditulis pada entri sebelum ini , aku akan sedaya upaya mengikuti 2 demontrasi yg dibuat bagi menunjukkan bantahan umat ISLAM terhadap kekejaman yg dilakukan oleh tentera israel pada kapal bantuan kemanusiaan utk Gaza kelmarin (31 may)..

Masa kteorg keluar tu memang kteorg langsung tak tahu di mana letaknya kedutaan tersebut dan aku fikir kita redah je sbb kat KL ni pusing tang mane pon insyaAllah jumpe jalan keluar.. so kteorg redah je la sampai termasuk kat parking lot mane tah.. pegh risau gak time tu sbb program penyerahan tu bermula tepat jam 12.00 tengahari..

Tapi alhamdulillah Allah lebih mengetahui niat hambaNya.. kteorg pon sampai di kedutaan on-time 12.00 tengahari.. pelbagai laungan mula disorakkan.. dalam pada masa yg sama pimpinan-pimpinan PAS pusat hendak masuk ke dalam utk berjumpa dgn wakil mereka utk menyerahkan memorandom bantahan , tetapi pimpinan-pimpinan tersebut di halang utk masuk dan mereka menghantarkan wakilnya utk keluar sahaja..

Jelas ternyata KEANGKUHAN dan KEBIADABAN mereka ini.. lebih kurang 150 org yg menyertai himpunan itu sanggup berpanas utk menunjukkan bantahan terhadap tindakan tentera mereka itu.. titik peluh kami yg menyertai himpunan tersebut insyaAllah akan menjadi saksi di akhirat kelak bahawa inilah antara pengorbanan yg kami mampu lakukan utk saudara Islam di sana selain daripada memboikot barangan , berdoa , dan melakukan solat hajat..

Setelah selesai menyerahkan memorandon tersebut kami semua bersurai dgn aman kerana tiada gangguan drpd pihak polis , alhamdulillah.. dan yg paling penting JUMAAT ni 4 JUN 2010 , HIMPUNAN SEJUTA UMAT.. dalam perancangan mereka minta semua aktivis solat jumaat di masjid kampung baru , setelah selesai kita akan berarak dari situ sampai ke kedutaan AS tu.. aku harap semua rakyat Malaysia sekitar Lembah Klang tidak kira perbezaan samada jantina , umur , agama , politik , bangsa , warna kulit dapat turun beramai-ramai utk himpunan tersebut..

Tadi berita , seluruh dunia telah melakukan demontrasi jalanan antaranya Perancis , Turki , Amerika Syarikat , India.. Oleh itu , marilah seluruh umat Islam bersatu rapat bergerak serentak dalam satu saf membantu saudara-saudara kita yg sedang berjihad fisabillah..

Aku nak ingatkan terutamanya diri aku , dan pembaca.. teruskan berdoa kpd ALLAH agar Allah membantu mereka dan berilah kemenangan kpd mereka walaupun umat ISLAM semua yakin akan JANJI ALLAH bahawa sesiapa yg syahid di medan perang kerana mempertahankan Islam telah dijanjikan SYURGA baginya.. selain itu , lakukan seberapa banyak yg boleh solat sunat hajat utk keselamatan mereka..

No comments:

Post a Comment