04 June 2010

Islam Tak Pernah Gentar!!

Salam Perjuangan kepada semua..

Alhamdulillah petang tadi Demontrasi Bantah Kekejaman Yahudi telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 50 ribu aktivis.. bermula selepas selesai solat jumaat diikuti solat sunat hajat..

Pertama kali dalam hidup aku , solat jumaat di bawah sinaran terik matahari.. panas bukan main dengan duduk di atas jalan tar ketika dengar khutbah jumaat.. aduyai.. tak tergambar keperitannya tapi aku fikir ketika itu aku baru duduk di bawah panas matahari tak sampai sejam dah mengeluh.. sedangkan rakyat Palestin , Gaza sanggup berpanas sepanjang hari untuk menyelamatkan diri , keluarga , agama , dan negara mereka..

Perarakan bermula dalam pukul 2.10 petang.. dari Masjid Jamek Kampung Baru kami para aktivis menuju ke Kedutaan US.. aduyai.. tu lagi perit aku rasa lebih kurang 8KM kami semua berarak dengan berjalan kaki.. time tu takyah cerita ar , baju aku dah kuyup giler tetapi disebabkan semangat tu membara sanggup berlari anak meninggalkan abg aku , adk aku , fariz , ayie.. hahaha.. biasa la jadi camera-man amatur.. Tapi aku awal-awal dah pesan dorg supaya jangan berpecah.. sehinggakan aku berarak sebaris dengan pimpinan Pakatan Rakyat dari PAS , PKR , DAP antaranya YAB Ustaz Nasarudin , YB Salahuddin Ayub , Dr. Hatta Ramli , Mohd. Sabu , YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim , YAB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail , YB Lim Kit Siang , dan ramai lagi..

Dalam pukul 3.00 petang kami pon sampai di kedutaan US.. ribuan manusia tanpa mengira jantina , umur , bangsa , agama bersama dalam himpunan tersebut.. pihak kedutaan tersebut akhirnya tunduk dengan memberi pimpinan Pakatan Rakyat peluang masuk ke kedutaan untuk menghantar memorandum tersebut.. suara rakyat bergema di kawasan tersebut.. setelah selesai kami bersurai dengan aman..

dan yang paling PENTING ,

aku nak ucap tahniah dan jutaan terima kasih pada PDRM kerana pihak mereka tidak melakukan kekerasan terhadap para aktivis dan mengawasi sepanjang perjalanan kami.. itu yang kami boleh respect!! jika tidak himpunan rakyat seperti BERSIH , PPSMI , ISA para aktivis disembur dengan air asid , ditembak dengan gas pemedih mata , disepak terajang.. inilah sebenarnya tanggungjawab anda (PDRM) apabila rakyat melakukan himpunan.. kami berhimpun secara aman , kami juga bersurai secara aman.. selalunya yang KL jadi huru-hara kerana FRU & PDRM mengganggu himpunan rakyat..

dan ada PERINGATAN pada ISRAEL & USA serta sekutunya ,

kini seluruh dunia sudah menunjukkan suara kebencian pada kalian termasuk di MALAYSIA.. dan INGATLAH kami sebagai orang ISLAM , sesekali TIDAK PERNAH GENTAR dengan kalian semua.. kalian semua sememangnya kaum yang kecot dan takut dengan kematian dan bagi kami (ISLAM) jika kami mati kerana perangi kalian semua , mati kami adalah mati SYAHID!! SYURGA adalah tempat bagi sesiapa yang SYAHID FISABILLILLAH.. itu JANJI ALLAH!! jika kalian BERANI teruskan KEEGOAN kalian dengan terus MENINDAS umat ISLAM.. KEMENANGAN pasti akan tiba.. perjuangan ISLAM akan tetap berterusan hingga ke hari kiamat bagi mempertahankan kedaulatan AL-AQSA..
sesiapa yang baca ni fasih berbahasa dengan orang israel laknat tu , sampai-sampaikanlah apa yang aku tulis di atas..

peringatan pada aku dan semua ,

Rasullullah ada mengatakan bahawa kiamat akan terjadi selepas kemenangan berpihak pada ISLAM melalui TIGA FASA.. fasa pertama dan kedua telah lepas iaitu Islam menang ketika zaman pemerintahan SALAHUDIN AL-AYUBI jika tidak sebelum itu sinaran Islam malap di dunia ini , dan Islam runtuh balik selepas pemerintahan SALAHUDIN AL-AYUBI , dan kembali menang ketika zaman pemerintahan kerajaan UTHMANIAH.. dan kini ISLAM kembali MERUDUM.. jadi sekarang tunggu masa je ISLAM akan kembali menang dengan menakluki dunia dan PADA masa itulah KIAMAT bakal terjadi.. wallahu'alam..

kepada abang aku , adik aku , fariz , ayie : terima kasih kerana sanggup turun bermandi peluh disebabkan aku yang ajak.. jika nak dibandingkan peluh dan kepenatan yang kita alami ni apalah sangat nak dibandingkan dengan kesengsaraan saudara kita disana terutamanya di PALESTIN dan GAZA..

ok lah sampai sini je lah aku dapat berceloteh , sebenarnya kepala aku dah ting-tong ni pening giler sebab berpanas 3 jam lebih tapi terpaksa berkorban untuk buat coretan ini.. wasalam..

1 comment: