06 June 2010

Berilah Kebebasan Untuk Gaza

Salam Keamanan..

Semalam kapal MV Rachel Corrie iaitu kapal terakhir membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza telah ditawan oleh bangsa laknat iaitu tentera israel kira-kira pukul 2.45 petang waktu Malaysia.. Kapal berkenaan yang dalam perjalanan menuju Gaza membawa pelbagai barangan bantuan seperti keperluan perubatan , kerusi roda , peralatan sekolah dan bahan binaan seberat 1500 tan , kemudian diiringi ke Pelabuhan Ashdod di selatan israel oleh kapal tentera laut milik rejim zionis itu..

Walaupun katanya proses tawanan itu berlaku secara aman , aku sebagai orang Islam tetap tidak boleh terima.. apa hak tentera tu membuat tawanan itu di perairan antarabangsa?? tidakkah ini melanggar undang-undang perairan antarabangsa?? dah serupa je kes macam lanun tawan kapal-kapal di lautan Somalia tu.. Di manakah PBB? OIC? Apakah kalian ada mata tapi buta? Apakah kalian ada upaya tapi tak terdaya?

Untuk maklumat tambahan pembaca , nama Rachel Corrie di ambil sempena nama seorang perempuan yang mati syahid digilis oleh kenderaan tentera zionis kerana beliau menghalau kenderaan itu masuk ke kawasan beliau diami..

.: cerita penting di atas sebenarnya nak buat semalam tapi takde masa dan malam plak terlelap awal..

DAN berkaitan dengan cerita di atas..

Ingatkah anda tentang kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara yang Isnin lalu ditawan secara ganas? dalam banyak-banyak yang korban syahid itu , yang paling muda berumur 19 tahun.. aduh.. bila aku dengar berita cakap beliau berumur sebaya aku , aku fikir alangkah bestnye jadi sepertinya.. dengan umur yang sangat muda , darah tengah membara , tubun badan yang fresh lagi , sudah SYAHID FISABILILLAH.. Allahuakbar!! sudah tentu SYURGA menantimu wahai saudaraku.. bahagialah kau disana..

Dan untuk maklumat juga seramai 12 sukarelawan negara ini yang ditawan oleh tentera rejim israel pagi Isnin lepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5.45 pagi tadi.. mereka terdiri daripada ketua misi daripada HaluanPalestin, Noorazman Mohd Samsuddin bersama empat rakannya, Dr Mohd Arbai’e Syawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Al-Hami Husain Suhaimi dan Mohd Nizam Mohd Awang.

Selain mereka ialah Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif), Jamuliddin Elias (Yayasan Amal), Dr Selamat Aliman (JIM), Abdul Halim Mohd Redzuan (Muslim Care), Mustafa Mansur (Mapim) serta wartawan dan jurukamera Astro Awani, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latif. setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan ALHAMDULILLAH kerana sanggup menyertai misi kemanusiaan tersebut sebagai wakil Malaysia dan bersyukur kerana mereka semua terselamat..

Dan sebentar tadi aku baru mendengar cerita pengalaman beberapa daripada mereka yang dijemput RTM melalui program TV1.. menurut cerita salah sorang daripada sukarelawan tersebut mengatakan semasa mereka didatangi helikopter pertama yang membawa komandor turun ke atas kapal mereka , komandor tersebut telah bertindak ganas kepada anak-anak kapal tersebut.. tetapi perkara itu berlaku di tingkat atas sekali dimana tiada seorang daripada sukarelawan Malayisa berada di atas kerana mereka di atas semuanya mempunyai ilmu pertahanan diri.. jadi untuk MAKLUMAT PEMBACA , tentera israel dari helikopter pertama telah tumpas dengan senjata mereka berjaya dirampas dan dilempar ke laut lalu tangan mereka diikat.. ketika itu helikopter tersebut telah lari daripada berlegar di atas kapal tersebut kerana mereka nampak tentera mereka telah ditawan dan mereka berfikir anak-anak kapal telah mempunyai senjata yang di rampas itu , padahal mereka di helikopter tu tidak tahu senjata-senjata tersebut telah dilemparkan ke laut..

Alasan para sukarelawan ini melemparkan senjata ke laut dan tidak bertindak balas terhadap tentera ini adalah kerana mereka mengatakan mereka datang untuk MISI KEMANUSIAAN.. jadi mereka tidak apa-apakan tentera itu..

Dan peristiwa yang MELUCUKAN apabila tentera yang diikat tangan tersebut telah bertindak melompat ke laut.. seperti ada aku perkatakan sebelum ini , mereka adalah bangsa yang PENAKUT dan KECUT.. sebab mereka fikir nak hidup selamanya tetapi bagi kita orang ISLAM , mati ketika JIHAD FISABILILLAH adalah SYAHID!!

Menurut sukarelawan tersebut , peristiwa serangan tembakan itu bermula apabila datang helikopter kedua berlegar di atas kapal itu.. kali ini mereka tidak menurunkan komandor terus tetapi mereka menembak para sukarelawan dari atas , sebab itulah angka korban tinggi.. selepas beratus tembakan di lepaskan barulah komandor mereka turun , lihat bertapa takutnya mereka sebenarnya.. tetapi semasa tembakan rambang dilepaskan ramai sukarelawan menuju ke tingkat atas dan saat tentera zionis itu turun para sukarelawan mengambil besi panjang dan memukul mereka.. itu adalah tindakan SPONTAN para sukarelawan untuk mempertahankan diri dan besi yang nereka gunakan itu besi untuk kerja-kerja pembinaan bangunan di Gaza..

Alatan itulah yang mereka uar-uarkan dalam berita sebagai senjata para sukarelawan.. dan mereka mengatakan pada dunia melalui media mereka iaitu CNN bahawa pertempuran itu dimulakan oleh pihak sukarelawan dan mereka bertindak sedemikian adalah untuk mempertahankan diri.. PADAHAL sebaliknya , merekalah yang memulakan serangan memalui tembakan dari udara.. untuk maklumat juga , ketika tembakan rambang mula dilepaskan ketua kapal tersebut telah mengangkat BENDERA PUTIH , tetapi dengan KEEGOAN dan KEANGKUHAN mereka , mereka terus melakukan tembakan rambang itu..

.: itu je yang aku peroleh dari cerita para sukarelawan kita untuk dapat berkongsi cerita dengan kawan dan sahabatku.. pastu aku tertidur plak dan bangun balik program tu dah habis.. so apa yang aku dapat , aku kongsi dengar korang pembaca..

-----------------------------------------------------------------------------------

Di kesempatan ini juga nak ucap

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN untuk mama.. semoga :
- ALLAH berkati sepanjang hidup mama ,
- murahkan rezeki ,
- panjangkan umur..

Terima kasih atas didikan mama dan abah selama ini.. Pais rasa kalau nak dibandingkan memang hampir lengkap mama dan abah didik kteorang adik-beradik.. sebab tu lah kami jadi seperti ini , tetapi itu pun mama dan abah tetap tegur kami jika kami melakukan kesilapan..

Terima kasih jugak sebab mama dan abah terlalu banyak berkorban untuk kami.. ternyata walau setitik susu dan setitik peluh mama dan abah , jika mahu dibalas sememangnya tidak akan terbalas..

Oleh itu , maafkanlah dosa-dosa kami pada mama dan abah , halalkan juga makan minum kami..

No comments:

Post a Comment