09 December 2010

TQ Allah

Ini sahaja lahh ucapan yang boleh aku lafazkan. Thank You ALLAH for all that you give. Syukur Alhamdulillah. Ini semua adalah kehendak Mu Ya Allah yang telah kau tuliskan untuk aku.

Tiada daya, tiada upaya aku peroleh semua ini tanpa bantuan Mu dan tanpa keizinan Mu, Ya Allah. Kau teguhkanlah semangatku untuk menjadi yang lebih baik dan dengan apa yang aku perolehi ini, kau jangan lahh lalaikan jiwa aku. Ini hanyalah sementara.

Memang aku tak sangka aku dapat keputusan itu, sebab aku rasa memang mesti ada satu atau dua yang sangkut, tetapi Kau telah membuktikan sebaliknya Ya Allah. Kau telah tunjukkan padaku bahawasanya kata-kata Mu di dalam Al-Quran itu benar.

".... kalau kau mahukan sesuatu kau mesti berusaha mendapatkannya, setelah berusaha barulah kau bertawakal pada Ku ...."

".... mintalah apa sahaja yang kau mahukan dari Aku, nescaya Aku akan makbulkannya ...."

Kedua-dua potongan ayat di atas ini lebih kurang laa. Aku tak ingat sangat ayatnya bulat-bulat. Tapi aku faham apa mesej yang mahu disampaikan Allah.

Yang potongan ayat pertama tu mesej yang dimaksudkan, kalau kita nakkan sesuatu tu kita mesti berusaha untuk mendapatkannya. Setelah kita berusaha betul-betul barulah kita berserah pada Allah(tawakal).

Potongan ayat kedua tu mesej yang dimaksudkan, kita sebagai hamba Allah mohon apa sahaja yang kita mahukan dari Allah, Allah akan makbulkannya. Tapi samada apa yang kita nakkan tu cepat atau lambat je Allah nak bagi. Kalau cepat Alhamdulillah sebab Allah makbulkan segera permintaan kita tu, kalau lambat mungkin Allah nak uji kesabaran kita untuk menambahkan lagi nilai kesabaran dan keimanan kita pada Nya.

Apa pun sekali lagi, Thank You Allah. Alhamdulillah syukur.

Selain itu, terima kasih juga pada abah ngan mama. Mungkin kerana doa mereka juga aku memperolehinya. Terima kasih juga pada adik beradik yang lain, mungkin mereka turut ada doakan untuk aku.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua sahabat-sahabat ku yang disayangi. Mungkin mereka semua turut ada doakan untuk aku. Mereka juga turut tak putus-putus memberi aku semangat dan perangsang. Antaranya tira, eka, ayie, lea, pqa. Tu je laa kott. Mereka je lah yang aku selalu ceritakan apa-apa kalau aku ada masalah. Tapi kalau ada yang lain maaf andai ada mereka yang terbaca entri ini aku tak list nama mereka. Haa. Tak lupa sahabat-sahabatku di sana.. alip, azri, faiz, niza, jihan, fatimah, faizah dan lain-lain.

Terima kasih semua. Hanya Allah dapat membalas jasa mereka semua.

5 comments:

  1. alhamdullilah..syukor2..
    mesti tinggi kan pointer kau??
    bak aku kate la..mungkin ade sumber inspirasi ni..ahah..
    insyaAllah sem depan kiter same2 dekan weh!

    ReplyDelete
  2. otak hang.. aku tak sepandai kau..
    macam langit dengan bumi..

    ReplyDelete
  3. peh..usaha doh..usahakan tangga kejayaan...ingt ni.,.insan yg cemerlang bermula dari perut,hati dan akal..ingat tuh..ahaha!!

    ReplyDelete