23 December 2010

Bukan Itu Pintaku

Memang bukan itu pintaku.
Namun itulah takdir dan suratan yang tertulis buatku.
Harus bagaimana aku menolak?
Harus bagaimana aku menidakkan?
Tiap yang berlaku sudah berlalu.
Menyalahkan takdir bukan penyelesaian buat segalanya.
Menyesali tiap apa yang telah aku lakukan bukan juga pengurai segala kekusutan.
Semua yang telah ditakdirkan, pasti akan terjadi.
Itu rancangan Allah, dan aku cuma seorang hamba.

Yang indah cuma sementara.
Terang juga seketika.
Gelap datang pula.
Memang bukan itu yang aku pinta.
Tapi itulah kehendak Allah untukku.
Dia yang menentukan segalanya.
Ia yang berkuasa atas segala.
Harus apa lagi yang aku lakukan?
Bukankah aku cuma seorang hamba?
Segala yang aku miliki kini bukan milikku tapi milik Dia.
Denyutan nadi ini, degupan jantung ini.
Hembusan nafas ini, darah yang mengalir, semuanya kerana Dia.
Layakkah aku menyalahkan takdirku?

Oh! Hinanya aku...

Benarlah bukan itu pintaku.
Namun demi kerana-Mu Allah, aku terima segala ketentuan-Mu buatku.
Kerana solatku, ibadatku, hidupku dan matiku, hanya untuk-Mu.

Ampunkanlah aku Allah, atas segala dosaku.
Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, berilah keampunan buatku Allah.

Berikan jua kebaikan buatku, di dunia dan di akhirat.

Amin ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment