12 December 2010

All The Best

Terakhir update 9hb. Sekarang ni dah lebih pukul 12 kira da masuk tarih baru arr, 12 dec. Maknanya 2 hari blog aku sunyi tanpa sebarang bicara. Terasa lama giler tak bukak dohh. Padahal 2 hari je. Ye laa. Jari-jari ni dah dididik selalu menaip kat sini, bila baru berapa hari je dah terasa lama.

Haa. Ni dah masuk 12 dec. Tournament aku pun telah sampai waktunya. Pagi nanti mula lahh program tu. Cuwakk bhai. Petang tadi friendly dengan abang-abang tu, agak kucar-kacir lagi arr corak permainan kteorg. Jumaat lepas friendly dengan budak-budak, boleh seri 4 sama. Bodoh! Malu giler kott. Tapi masa tambahan masa baru kteorg dapat kalahkan dorg 8-5. Tu pun sebab dorg budak, mesti laa stamina dorg kurang dari kteorg. Tapi aku serius giler, malu kott.

Maybe dalam pukul 7 lebih kteorg gerak g Jalan Semarak tu. Harap sangat semua dapat bangun awal. Ready dan buat preparation apa yang patut. Haa. Lagi satu tq to tira n eka. Sebab give a moral support to us.

Dah laa. Nak tidur. Ada orang tu pesan tidur awal sebab takut takde tenaga esok. Hmm. Sekarang ni dia yang dah tidur dulu. haha. Tu yang update tu sebab dah tak tahu nak wat pe.

All The Best!!! Kami akan bermain sehabis baik. InsyaAllah. All Out Team!!!!!

1 comment: