08 December 2010

Bad Mood

Haish! Seharian hari ini aku bad mood. Entah pahal lahh.

Mula-mula pagi tadi bangun je tanya mama mana duit yang mama suruh beli nasi lemak. Tapi mama cakap " g arr carik kat katil tu ". Aku pun carik laa. Pastu mama cakap lagi " carik laa sampai dapat ". Aku da dapat rasa mama mesti kenakan aku. Pastu aku terus ar keluar bilik g bilik air, cuci pakaian terus. Time tu hati aku memang tengah berapi. Ye laa, aku nak sambung tidur lepas solat subuh tadi mama boleh suruh aku g beli nasi lemak. Bukan yang lain takde nak beli, asek aku je kena beli. Masa tu daa la mata aku tak boleh bukak. Ngantok giler bhai. So aku tertidur laa.

Tu laa bila bangun je aku terus mintak duit beli nasi sebab ingatkan belum beli lagi. Tapi mama boleh pulak kenakan camtu. Aduyai. Mana tak angin. Tapi nasib baik aku dapat kawal. Lepas tu sepanjang kat rumah aku senyap je tadi sampai laa ke petang. Kadang-kadang je aku bersuara. Ye laa. Orang yang selalu kecoh kat rumah tiba-tiba senyap, memang sunyi arr. hahaha.

Pastu petang tadi main bola pun aku senyap. Setahu aku tadi aku langsung tak tegur sesiapa kat padang. Main buat hal sendiri je. Apatah lagi nak berlawak dengan dorg. Memang tak arr. Lagi menambahkan aku angin sebab tengok cara kteorang main. Team aku laa. Senang-senang kena katai 4-0. Aduhh. Punya laa berapi hati ni time tu Allah je laa yang tahu.

Mana tak nye. Da laa team aku tadi, aku ayie padil. Pastu boleh lepaskan bola senang-senang gitu je. Bhai. Ahad ni dah game. Kalau macam ni laa cara kteorang main habis ar weyy. Ayie laa banyak kali aku sound. Aku nampak ayie tak macam biasa. Bola mudah pun dye boleh lepas gitu je. Tapi nasib baik laa tak pahit ayat aku. Mungkin ayie macam tu sebab dye kurang sihat kott. Tu laa aku tak sound sangat kat ayie. Nasib laa dapat kawal mulut ni. Eeee. Kalau ikut hati memang nak je bertempek.

Aku pun tak tahu prestasi aku di tahap mana. Sebab aku tadi buat hal sendiri je. Lagi pun dorang jarang sound aku kalau aku buat salah. Kalau tak sound macam mana aku nak tahu kesalahan aku kann. Dorang pulak da faham sangat aku kalau main, konfem bising macam pengulas sukan. Teringat aku masa dulu, time form 4 ke form 5 masa tengah lawan bola. Tak pasti samada ayie ke ayoi ke puvan, ada cakap " weyy, kalau kau takde dalam padang kteorg tak tahu silap kteorg. sebab kau selalu sound kalau kteorg silap ".

Lagi satu aku berbulu tadi sebab ada yang tak turun petang tadi. Adehh. Lagi berapa hari je bhai. Macam mana kita nak dapat chemistry dalam satu pasukan. Entah. Ada betulnya jugak tira cakap semalam " asek kau je yang gabra pasal ni, cuba kau try buat dorg camtu ". Ishh. Bengang giler dohh rasa. Kita beriya-iya, yang lain buat selamber. Tadi pun fadhil cakap " aku rasa kau je yang semangat dalam benda ni. yang lain buat tak kisah je. ayie pun semangat laa. aku rasa kita tiga yang semangat ". Hmm, entah lah. Malas aku nak cakap pape dahh. Rasa nak je buat apa yang tira cakap tu tapi aku je tak sampai hati nak buat dorg camtu. Ye laa. Kalau takde sapa nak handle... memang porak peranda laa team aku ni. Aduyai.

Aku nak buat meeting pun asyik tak jadi je. Sebelum ni (isnin) aku ada cakap nak taknak kena buat meeting gak hari tu. Tapi still tak jadi lagi. Ni selasa pun dah berlalu tanpa sebarang perjumpaan. Esok rabu..... entah lah. Dapat ke tak meeting dengan dorg. Serabut bhai fikir benda-benda ni.

Banyak perkara yang perlu dapatkan sebulat suara. Soal posisi, senarai player first team, dan persoalan yang masih tiada kesudahan..... KEEPER. arghh! Malas arr nak fikir benda-benda ni lagi. Tadi ada gak orang cakap nak g tengok jersi, tapi macam takde harapan je ni. Takde sapa nak rojer. haaa.

Hurm, lupakan laa sekejap benda tu. hehe. Sekarang ni nak cerita pasal pasukan bolasepak Malaysia. wahh! Tahniah.. tahniah kerana layak ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki. Malaysia menewaskan Laos 5 : 1 bhai. Tu pun nasib sebab thailand kalah dengan indon. Kalau thailand menang tadi, Malaysia menang 99 : 0 pun Malaysia tetap takkan layak. So berterima kasih kepada Bambang Pamungkas (bekas player Selangor) sebab telah menjaringkan kedua-dua gol tersebut yang menyebabkan thailand kalah.

Dalam pada masa yang sama, sape yang kutuk-kutuk player Selangor masa tu? Hmm, game tadi Amri Yahyah (2 gol) dan Amirul Hadi Zainal (1 gol) telah membuktikan kualiti pemain Selangor. hahahahahahaha. Tersenyap weyy sapa yang dok kutuk player Selangor masa tu. Apepun dalam game ni semangat kenegerian perlu dibuang sebab mereka bermain atas nama Malaysia.

Hmm, dengan Laos boleh laa titik. Lepas ni semi tantah kita kena titik lagi. hahaha. Malaysia... Malaysia... Tadi Nor Shahrul Idlan Talaha jaringkan gol lagi. kahkahkah. No.9 sekali lagi tersenarai sebagai penjaring. ('',)

Separuh akhir pertama lawan kat Stadium Nasional Bukit Jalil 15 Dec ni. Rasa macam nak pergi, tapi......... duit! @#$%^&*

1 comment:

  1. hotakkau..aku lemah semangat ar biler tgk alang main ptg smlm..aku rase da nk balik tgk dia maen..sume yeye berebut bola dia boleh lak cekak pinggang...hadoi!!

    ReplyDelete