20 December 2010

Khas Untuk Awak

Awak...

Sejak saya mengenali awak, hati saya tak pernah lupakan awak. Setiap masa, di mana jua saya berada mesti saya teringat akan awak. Lagi-lagi bila saya dok sorang-sorang, mesti awak yang saya akan ingat.

Walaupun banyak peristiwa yang saya lalui keseorangan tanpa awak, saya sesekali tidak pernah benci awak, tidak pernah buang awak, tidak pernah buat tak layan dengan awak. Malah saya masih lagi ambil berat tentang awak. Pelik kan? Sesetengah orang kalau dah berlaku sesuatu padanya mesti dia tinggalkan terus.

Sebenarnya sejak awak ada dalam hidup saya, impian saya mahu jadikan awak isteri saya. Memasang impian memang senang, nak capai impian itu susah. Ketika itu saya sering terfikir, untuk menjadi seorang suami bukanlah semudah yang kita bayangkan. Suami itu umpama pemimpin. Jadi tanggungjawab yang dipikul oleh suami sememangnya begitu berat. Dengan nafkahnya lagi. Beratkan?

Masa saya dengan awak lama tak berhubung suatu masa dulu.. sebenarnya saya tetap ambil tahu tentang awak. Tapi melalui kawan-kawan awak laa. Kadang-kala melalui adik-adik saya. Awak mesti tak tahu kan? haha. Kawan saya sorang ni pun tahu saya ni tak habis-habis cakap tentang awak.

Setiap kali saya jumpa awak mesti saya suka sangat. Cuma saya je pandai kawal supaya ekspresi melalui air muka saya orang tak nampak. Dan setiap kali saya nak tinggalkan awak, mesti hati ini berat je nak lepaskan awak. Tapi apa boleh saya buat kan? Awak belum jadi milik saya lagi. Bila saya dah ambil awak mesti saya kena pulangkan awak balik kat rumah. Lain laa kalau kita dah kahwin. Dah ada ikatan yang sah. 24 jam awak boleh bersama dengan saya.

Untuk makluman awak, dari dulu sayang saya pada awak tak pernah berubah sampai laa sekarang. Cuma saya je pandai menyorokkan perasaan saya tu bila ada sesuatu berlaku. Pendek cerita saya ni berlakon je yang konon saya ni tak rasa apa-apa padahal hakikatnya jauh di sudut hati ini saya masih lagi ada awak.

Satu perkara lagi, apabila saya nak beli barang mesti saya terasa nak belikan untuk awak sekali. Kadang-kadang perasaan tu memang nak sangat bagi kat awak semua apa yang saya ada, tapi saya akan bagi awak benda yang betul-betul saya sayang. Kan? hahaha.

Mungkin awak takkan terbaca penulisan saya ini, saya pun taknak awak baca. hahaha. Tapi saya akan tinggalkan nukilan saya ini disini supaya ia menjadi saksi bahawasanya luahan hati saya ini. Mungkin di saat saya dah tiada di sisi awak, mungkin awak sudah tidak dapat menjumpai saya, mungkin apa segala kemungkinan yang bakal berlaku nanti pada diri saya atau diri awak, jadi saya harap akan ada orang yang akan menyampaikan pada awak yang saya tulis ini khas untuk awak.

Saya akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk hidup awak dan keluarga. Mungkin kita tak dapat bersatu di dunia ini, tapi saya harap sangat saya akan berjumpa dengan awak di akhirat sana. InsyaAllah.

Buat setakat ini, ini sahaja saya dapat tuliskan untuk awak. Mungkin ada lagi yang saya akan tuliskan lagi apabila ilham bertandang pada akal fikiran ini. Ingat apa yang saya dah bagi tahu awak masa tu sepanjang masa kayh.

Sekian..

NAS


No comments:

Post a Comment