14 December 2010

Bukan Mudah Nak Dapat Apa Yang Kita Mahukan

Bismillahirahmanirahim..

Lama menatap skrin laptop ini tapi tiada ilham bertandang untuk menulis. Namun tetap, masih, dan mahu menulis.

Cuba kalau seseorang itu memberitahu anda supaya anda faham apa yang dia rasakan...
Apa yang anda buat? Apa yang anda sangkakan? Semestinya anda sudah dapat merasakan sesuatu perkara yang memang anda mahukan tidak dapat bukan?

Bagi aku senang je, kalau betul kita mahukan sesuatu itu. Kitalah kena pandai jaga, kitalah kena bijak mempertahankan, kitalah kena pelihara apa yang kita mahukan itu.. Betul? Tapi kalau seseorang tu dah cakap dia taknak nanti perkara yang telah lepas itu berlaku lagi bermakna dia memang sudah tidak mahukan apa yang kita nak kan?

Hmm. Sebenarnya bukan mudah kita nak dapat apa yang kita impikan. Tapi kalau dapat memang best giler kan? Tapi apa guna kalau sebelah pihak je yang beriya-iya menjaga, mempertahankan, dan memelihara tapi di pihak lain buat sambil lewa. Aduhh. Susah.

Entah lah. Nak buat macam orang biasa memang tak boleh. Haaa. Tapi kalau kita memang berusaha bersama-sama, berazam buat yang terbaik, memang takde hal kan. Biarlah sebesar mana halangan kita boleh redah bersama-sama. Tapi kalau sorang je yang mengemudi sebuah kapal sendirian meredah ombak besar, ribut taufan di tengah lautan ketika belayar tanpa sokongan dan bantuan anak kapal memang tak boleh lahh kan. Bahtera mana yang kukuh kalau sorang je yang berusaha kemudi bermati-matian.

No comments:

Post a Comment