09 December 2010

Lega Akhirnya

Syukur Alhamdulillah tadi dapat gak buat persidangan meja bulat yang dihadiri 4 orang kuat pasukan kami. ~Syamin Ayie Adek Fadhil~

Semua perkara yang aku nak sampaikan dah bagi tahu mereka semua. Harap sangat mereka dapat sebarkan pada player yang lain tentang sebulat suara yang telah dicapai kami berlima.

Senarai akhir nama player untuk team kami dah aku senaraikan kat dorang. Posisi yang kami mahu gunakan juga telah mendapat kata sepakat. Player first team pun telah kami aturkan.

Tentang sistem penggiliran pemain pun kami berlima sudah rangkakan. Masa latihan ikut idea aku pun dah aku bagi tahu mereka berempat.

Waktu pagi lebih kurang pukul 7.00 (fitness). Kami akan berjogging mengikut track yang selama ni aku dengan fadhil jogging. Kalau dorang nak tambah lagi ikut suka. Aku takde masalah nye. Pastu lebih kurang pukul 8.30 (taktikal). Dalam tempoh masa tu, kami akan training bola atas padang.

Seperti mana yang aku nak time training taktikal ni, player yang main bahagian defence satu team lawan dengan player yang main bahagian midfield n attacking. Sebab nanti waktu ni lah kita boleh dapat keserasian dan kefahaman corak permainan antara satu dengan yang lain.

Cuma sekarang ini, keeper je lagi yang masih belum menemui jalan penyelesaian. Ape pun aku dah lega giler sebab dah dapat bagi tahu mereka semua perkara yang aku nak mereka tahu. Semasa perbincangan tu tadi, aku bawa juga suara adik aku. Ape idea dye yang dye nak aku dah sampaikan semua.

Jadi sekarang ni tinggal nak carik fitness dan training je. Harap semua dapat memberi komitmen. Tinggal tiga hari je. Aku tahu kalau nak cakap team kita sampai kat semifinal memang suatu yang mustahil apatah lagi ke pentas final. Tapi apa salahnya kita semua turun bersama-sama membina kesefahaman antara satu sama lain. Ada laa jugak nampak usaha untuk main yang terbaik nanti.

Terima kasih pada mereka berempat kerana dapat datang masa perbincangan tadi. Kepala aku dah tak kusut dah memikirkan benda ni sebab apa yang aku nak bagi tahu korang semua dah tahu.

No comments:

Post a Comment